Harada Tomoyo

Tomoyo Harada (原田 知世, Harada Tomoyo, lahir 28 November 1967) ialah seorang pelakon, penyanyi, dan penulis lirik Jepun, dan merupakan idola yang popular padamtahun 80-an. Beliau berlakon dalam banyak filem dan siri TV sejak permulaannya pada tahun 1982 dalam peranan utama dari siri TV asalnya Sailorfuku to kikanju. Peranan pertamanya dalam sebuah filem bermula menerusi Toki o Kakeru Shōjo di mana beliau memenangi anugerah untuk pendatang baru terbaik di Anugerah Filem Hochi.[1] Beliau memenangkan anugerah untuk pelakon wanita terbaik ke-7 di Festival Filem Yokohama untuk Early Spring Story.[2] Banyak single dan album lain beliau menyusul.Pada musim panas 2007, Harada menyertai pop elektronika "pupa" sebagai vokalis, atas undangan Yukihiro Takahashi.[3][4] Ahli lain ialah Hiroshi Takano, Ren Takada, Hirohisa Horie, dan Tomohiko Gondo.

Harada Tomoyo

Pekerjaan Pelakon, penyanyi
Pasangan Ed Tsuwaki (2005–2013)
Tahun aktif 1982 (1982)–kini
Kelahiran (1967-11-28) 28 November 1967 (umur 52)
Nagasaki, Jepun